Selasa, 10 Januari 2012

Kisah nyata dan haru dari jepang







Ini adalah kisah nyata pengorbanan seorang ibu saat Gempa Bumi di Jepang<br />




Ini adalah kisah nyata pengorbanan seorang
ibu saat Gempa Bumi di Jepang.








Setelah gempa bumi reda, ketika penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita
muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah.
Tetapi entah bagaimana posisi dia kelihatan agak aneh seperti melutut pada
seseorang dan menyembah ke depan, dan dua tangannya mengendong sesuatu benda.
Rumah runtuh itu telah menghantam punggung dan kepalanya.











Dengan usaha yang sulit, kepala pasukan penyelamat memasukan tangannya melalui
celahan kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap
bahwa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang dingin
dan kaku membuktikan bahwa wanita itu telah meninggal dunia.

Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari korban pada bangunan
runtuh yang lainnya. Tanpa alasan yang kuat, kepala pasukan ini didorong oleh
satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh
tersebut. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit
untuk melihat keadaan mayat itu. Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, "Seorang
anak! Ada anak! "






Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan
berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga
mati. Terdapat seorang anak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut
berbunga di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga
ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Ketika rumahnya runtuh, dia
menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Anak lelaki itu masih tidur
dengan nyenyak sewaktu kepala pasukan penyelamat itu menemuinya.

Dokter bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau
membuka selimut, terdapat telefon genggam di dalam selimut tersebut. Tertera
teks pesan pada layar telefon genggam itu, "Jika kamu hidup, kamu harus ingat
bahawa ibu sayang kamu." pesan ini telah diteruskan dari satu tangan ke tangan
yang lain. Setiap individu yang membaca pesan pasti menangis. "Jika kamu
hidup, kamu harus ingat bahwa ibu sayang kamu."
Begitulah kasih sayang
seorang ibu pada anaknya!!




Tidak ada komentar:

Posting Komentar